Site icon TechNave BM

Musk undur diri dari DOGE, fokus semula pada Tesla dan SpaceX

Elon Musk mengumumkan pengundurannya daripada peranan bersama Department of Government Efficiency (DOGE) menerusi satu hantaran ringkas di platform X, sekali gus menamatkan khidmatnya sebagai “pegawai khas kerajaan” di bawah pentadbiran Donald Trump.

Musk turut merakamkan penghargaan kepada Trump atas peluang yang diberikan dengan ayat “mengurangkan perbelanjaan membazir”. Musk dijadualkan berkhidmat selama 130 hari dalam pentadbiran baharu yang akan tamat pada hujung bulan ini.

Sumber: X Elon Musk

Musk juga memaklumkan bahawa walaupun tempoh rasminya hampir berakhir, beliau masih akan meluangkan masa satu hingga dua hari seminggu untuk kerja-kerja kerajaan sehingga tamat penggal Trump serta bercadang mengekalkan pejabat kecilnya di Rumah Putih.

Pengumuman ini hadir ketika Musk menyatakan komitmennya untuk menumpukan semula perhatian terhadap syarikat-syarikat utama miliknya seperti Tesla, SpaceX dan syarikat kecerdasan buatan xAI. Terakhir, kalangan pelabur juga yang mahukan Musk memfokuskan semula masa dan tenaga terhadap tanggungjawab korporat yang lebih besar.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version