Site icon TechNave BM

Muslim Pro sangkal dakwaan jual data kepada AS, kini batalkan urusan dengan pembeli data

Rentetan isu mengenai Muslim Pro dilapor menjual data pengguna aplikasinya kepada pihak ketiga termasuklah tentera AS, rata-rata warganet mengambil tindakan untuk membuangnya dari telefon. Muslim Pro kini menyangkal dakwaan tersebut dan membatalkan urusan perkongsian data dengan syarikat pembeli data.

Melalui siaran media yang dimuat naik, Muslim Pro menyatakan dakwaan ini adalah tidak benar. Pihak Muslim Pro komited dalam melindungi privasi pengguna dan mengambil serius tentang hal ini.

Tambahan pula, mereka telah membuat keputusan untuk membatalkan semua urusan dengan syarikat yang membeli data termasuklah X-Mode yang didakwa menjual data kepada pihak tentera AS.

Di akhir siaran media, Muslim Pro memohon maaf dan menegaskan bahawa data mereka mampu untuk mengesahkan bahawa data pengguna adalah selamat dan dilindungi.

Menurut kami, sememangnya langkah yang diambil Muslim Pro adalah baik dengan membatalkan urusan perkongsian data. Namun, adakah pengguna akan mempercayai dan menggunakan aplikasi ini semula?

Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Muslim Pro

Exit mobile version