Sah! Muzik video Baby Shark yang dihasilkan syarikat Pinkfong dari Korea Selatan ini telah menjadi video di YouTube yang paling kerap dilihat buat masa ini. Dengan lihatan setinggi 7.04 bilion, ia telah mengalahkan lagu sensasi Luis Fonsi iaitu Despacito yang memiliki lihatan setinggi 7.03 bilion.
Jika lagu Baby Shark ini dimain secara berulangan selama 7.04 bilion kali, ia akan mengambil masa selama 30,187 tahun! Kami merasakan faktor utama video ini mendapat lihatan yang tinggi adalah kerana ibu bapa masa kini yang sering memainkan lagu ini untuk anak kecil mereka.
Lagu jerung ini dianggarkan telah menghasilkan keuntungan sebanyak $5.2 juta (~RM21.6 juta) hanya dari strim di YouTube sahaja. Pinkfong dikatakan sedang merancang untuk melakukan lawatan konsert Baby Shark secara langsung dan rancangan TV yang akan ditayang pada tahun 2021.
Komen pendapat anda mengenai berita menarik ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

