Site icon TechNave BM

MWC 2020 Barcelona dibatalkan secara rasmi berikutan penularan Koronavirus

Baru sahaja semalam kami melaporkan tentang kebimbangan pembatalan Kongres Mudah Alih Sedunia atau MWC 2020. Terkini, CEO GSMA (syarikat penganjur MWC 2020) John Hoffman telah mengeluarkan pernyataan rasmi mengenai pembatalan MWC 2020.

Menurut pernyataan tersebut, GSMA membatalkan MWC Barcelona 2020 oleh kerana kebimbangan global terhadap penularan Koronavirus dan beberapa perkara lain yang menjadikan ianya mustahil untuk GSMA meneruskan acara ini. Apa pun, GSMA dan Host City Parties akan tetap berkolaborasi untuk MWC Barcelona 2021 dan seterusnya. GSMA turut melahirkan rasa simpati kepada negara China dan seluruh negara lain yang terkesan dengan Koronavirus.

Sepintas lalu, MWC 2020 dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari 2020. MWC 2020 menghimpunkan pelbagai jenama telefon pintar dan peranti teknologi untuk mempamerkan teknologi terbaru mereka. Melalui pembatalan ini, mungkin masih terdapat beberapa syarikat yang tetap bakal melancarkan peranti mereka di sana.

Adakah anda sudah merancang untuk melihat pelancaran telefon pintar di MWC 2020? Beritahu kami di laman Facebook sekarang. Kami akan mengemaskini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dengan kadar yang segera jika terdapat perubahan rasmi.

Sumber: GSMA melalui Android Authority

Exit mobile version