Site icon TechNave BM

MWC 2022: ASUS ZenFone 8Z dilancar, miliki SD 888, AMOLED 5.9″ 120Hz dan kamera 64MP

Asus ZenFone 8Z telah dilancarkan secara rasmi di MWC 2022. Terdapat sedikit perbezaan daripada segi spesifikasi berbanding ZenFone 8. Peranti ini dilengkapi Qualcomm Snapdragon 888, RAM LPDDR5 8GB dan storan 128GB UFS 3.1.

Paparannya menggunakan skrin AMOLED FHD+ 5.9 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, kadar kecerahan 1100 nits, sokong HDR10+, perlindungan skrin Victus dan mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W (QC5).

Selain itu, pada bahagian belakang peranti ini mempunyai kamera utama Sony IMX686, f / 1.8, empat paksi OIS 64MP + kamera ultralebar Sony IMX363, 3-axis EIS 12MP yang menyokong penjejakan gerakan, rakaman video sehingga 4K UHD 120fps gerak perlahan dan sehingga 8K rakaman video.

Bahagian hadapannya menempatkan kamera swafoto Sony IMX663, f / 2.2 12MP. ZenFone 8Z mempunyai sokongan IP68, NFC, bicu audio 3.5mm dan antara muka ZenUI 8 berasaskan Android 11. Ketebalannya 8.9mm dan berat 169g. Harga bagi varian 8+128GB ialah 42,999 rupee India (~RM2,400)

Sumber: ITHome

Exit mobile version