Site icon TechNave BM

MWC 2022: HMD lancarkan Nokia C21 Plus dan C21, telefon kelas permulaan dengan skrin 6.5″

Mobile World Congress 2022 kembali lagi untuk menunjukkan teknologi baharu untuk peranti akan datang, di mana HMD telah memperkenalkan dua telefon baharu iaitu Nokia C21 Plus dan Nokia C21. Berikut merupakan spesifikasi dan ciri teknologi yang perlu anda ketahui.

Kedua-dua C21 Plus dan C21 adalah telefon pintar peringkat permulaan kerana ia dikuasakan oleh cipset SC9863A. Kapasiti memorinya juga rendah bermula dari 2GB, 3GB dan 4GB RAM (kecuali C21). Ia hanya mempunyai storan 32GB dan 64GB yang boleh dikembangkan.

Selain itu, siri C21 menggunakan edisi Android 11 Go serta paparan 6.5 inci. C21 Plus juga merupakan peranti pertama yang membawa rating kalis air IP52 untuk siri ini. Spesifikasi lain termasuk bateri 5,050mAh pada varian plus manakala model standard C21 hanya menggunakan pek bateri 3,000mAh.

Dari segi kamera, C21 Plus mempunyai dwi-kamera belakang 13MP + 2MP dan C21 hanya mempunyai kamera 8MP. Kedua-dua peranti menggunakan kamera hadapan 5MP.

Nokia C21 Plus

Berkemungkinan besar HMD Global boleh mengimport peranti ini ke pasaran Malaysia tetapi kami masih tidak dapat mengesahkan sebarang makluamt ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version