Site icon TechNave BM

MWC 2022: HONOR Magic4 Pro 5G dilancar, miliki Snapdragon 8 Gen 1, OLED 6.81″ 120Hz, 3 kamera

Dalam temasya Mobile World Congress 2022 pada hari ini, HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas andalan terbaru iaitu HONOR Magic4 Pro 5G. Telefon ini menampilkan segala spesifikasi yang canggih untuk telefon 2022, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin OLED 120Hz.

Dalam acara pelancarannya, HONOR mengetengahkan kebolehan fotografi telefon ini, di mana ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera periskop 64MP. Kamera ini menyokong teknologi Ultra Fusion Computational Photography yang menggabungkan semua lensa bagi menghasilkan gambar terbaik.

Waktu merekod video pula, HONOR Magic4 boleh merekod dengan profil warna khas 10bit Log IMAX Enhanced pada resolusi 4K dan kadar 60fps. Selain itu, kamera telefotonya menyokong zum optikal sehingga 3.5x dan zum digital sehingga 100x.

Di bahagian hadapan pula, ia dilengkapi dua kamera swafoto. Skrinnya pula adalah LTPO OLED berukuran 6.81 inci, dengan resolusi 2848×1312, gamut warna DCI-P3 100%, kecerahan 1,000 nits, kadar segar semula 120Hz dan bahagian sisi yang melengkung. Daripada segi audio, ia dilengkapi dwi-pembesar suara yang menyokong teknologi dts:X.

Untuk spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, sistem penyejukan Superconductive Graphene dan Vapour Chamber Cooling System dan bateri 4,600mAh. Satu perkara yang sangat mengkagumkan adalah sokongan pengecasan pantas 100W dan pengecasan wayarles 100W pada telefon ini.

HONOR Magic4 Pro akan dijual pada harga bermula EUR1,099 (~RM5,165) di pasaran Eropah, manakala HONOR Magic4 pula akan dijual pada harga bermula EUR899 (~RM4,225).

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version