Site icon TechNave BM

MWC 2022: Lenovo lancarkan siri Lenovo IdeaPad Gaming 3 miliki paparan 165Hz

Lenovo telah memperkenalkan dua komputer riba gaming baharu dan ia bukanlah daripada siri Legion. Komputer riba tersebut merupakan IdeaPad Gaming 3i dan IdeaPad Gaming 3 direka untuk pemain yang mahukan spesifikasi dan ciri teknologi gaming yang lancar dan cekap.

IdeaPad Gaming 3i hadir dalam 15 inci dan IdeaPad Gaming 3 hadir dalam 16 inci yang mempunyai paparan dengan kadar penyegaran sehingga 165Hz. Komputer riba ini mempunyai pilihan cipset siri Intel Core i7 H Generasi ke-12 atau cipset AMD Ryzen 6000 Series. Terdapat juga pilihan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 3060 atau pilihan Intel Arc Graphics.

Selain itu, komputer riba Gaming 3i dan Gaming 3 menawarkan paparan IPS 16:10 sehingga WQHD+ (2560 x 1600) dengan gamut warna sRGB 100%, kecerahan 500 nits dan tersedia dalam pilihan paparan 16:9 WQHD (2560 x 1440) 15.6 inci. Seperti kebanyakan komputer riba gaming, komputer riba tersebut mempunyai teknologi terma dengan empat lubang untuk prestasi penyejukan yang lebih senyap dan cekap daripada segi kadar pengudaraan yang dioptimumkan sehingga 20% lebih besar daripada generasi sebelumnya.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem bunyi 3D Audio Nahimic, kamera web FHD 1080P dengan pengatup (shutter) dan lampu latar RGB 4-zon pilihan. Xbox Game Pass juga tersedia namun tiada kepastian untuk pasaran Malaysia kerana kami belum menerima maklumat rasmi daripada Lenovo Malaysia.

Akhir sekali, Lenovo turut memperkenalkan Legion M600s Qi Wireless Gaming Mouse baharu. Ia mempunyai berat 75g dan 19,000 DPI melalui Pixart 3370, suis mikro optik dinilai 80 juta klik dan sehingga enam butang boleh diprogramkan. RGB boleh diprogramkan sepenuhnya dengan hampir 16.8 juta kombinasi warna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version