Site icon TechNave BM

MYAirline tawarkan pilihan bagasi 15kg dan tempat duduk percuma, tambang sehala serendah RM39

MYAirline telah membuat Jualan Super dan melanjutkan tawara tersebut untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos hingga 27 Oktober 2023. Mulai hari ini (31 Januari) hingga 1 Februari 2023, MYAirline menawarkan bagasi 15kg percuma dan pemilihan tempat duduk percuma untuk tempoh perjalanan promo.

Pastikan anda memilih bagasi 15kg dan pemilihan tempat duduk untuk kedua-dua arah semasa membuat tempahan sebelum anda mendaftar keluar. Anda boleh menyemak tiket penerbangan sewaktu hari bekerja untuk dapatkan tempat duduk promosi. Harga promosi ini tidak termasuk makanan dalam penerbangan tetapi sudah pasti anda boleh menambah pilihan makanan sekiranya anda mahu.

Untuk pemilihan tempat duduk percuma, ia hanya menawarkan tempat duduk standard dari baris 15 dan ke belakang. Kerusi Pilihan dan kecemasan berharga sekitar RM40 – RM48 di baris paling hadapan, manakala tempat duduk standard bermula dari baris enam hingga 11 pada harga RM11.

Jika anda ingin melancong ke Malaysia Timur tidak lama lagi, MYAirline juga mengadakan promosi dua hari dengan tambang sehala semua dalam daripada RM89 ke Kuching dan Sibu serta bermula RM159 ke Kota Kinabalu dan Tawau. Anda perlu menempah sebelum 1 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan dari 1 hingga 15 Februari 2023.

Tambang ini tidak termasuk alat tambah lain seperti bagasi berdaftar, pemilihan tempat duduk dan makanan dalam penerbangan. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melancong secara domestik? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version