Site icon TechNave BM

MYAirline tawarkan tempat duduk penerbangan RM0 untuk destinasi domestik sehingga 14 Januari ini

Bagi mereka yang ingin melancong atau pulang ke kampung dalam Malaysia, MYAirline kini memberikan anda kesempatan dengan harga promosi sempena menyambut tahun Arnab. 

Syarikat itu memberikan tempat duduk penerbangan RM0 untuk destinasi domestik MYAirline pada tempoh perjalanan terpilih. Tawaran ini hanya berlangsung selama tiga hari mulai sekarang hingga 14 Januari 2023.

Hanya 10,000 tempat duduk diberikan dalam tawaran ini dan anda boleh mulakan tempahan di laman web rasmi MYAirline. Namun, tempoh perjalanan anda mestilah antara tarikh sekarang hingga 31 Julai 2023.

Jika anda terlepas tawaran ini, terdapat juga tambang yang sangat rendah tersedia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook MYAirline

Exit mobile version