Site icon TechNave BM

MyDIGITAL: 500,000 peluang kerja, transaksi tanpa tunai, teknologi 5G kepada rakyat

Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pelaksanaan inisiatif MyDIGITAL di Malaysia. Inisiatif MyDIGITAL merangkumi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia mempunyai tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030.

Melalui majlis pelancaran MyDIGITAL hari ini, Perdana Menteri mensasarkan 500,000 peluang pekerjaan baharu. Selain itu, ekonomi digital dilapor akan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

Menariknya, beliau turut menyatakan bahawa rakyat akan mula menikmati teknologi 5G menjelang hujung tahun ini dan semua agensi kerajaan akan membekalkan kemudahan transaksi tanpa tunai untuk kemudahan pengguna.

Melalui inisiatif MyDIGITAL, kerajaan akan turut menggalakkan 875,000 usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk menceburkan diri dalam platform e-dagang.

Apakah pandangan anda mengenai inisiatif ekonomi digital dari kerajaan Malaysia? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: RTM

Exit mobile version