Site icon TechNave BM

MYEG akan jual kit ujian pantas COVID-19 dengan harga RM99, dapat keputusan secepat 30 minit

My E.G. Service Berhad (MYEG) akan mengeluarkan sebuah kit ujian pantas (rapid testing kit) COVID-19 di Malaysia dan Filipina untuk membantu pengesanan penyakit itu dengan lebih pantas dan mudah. Kit tersebut dibina oleh sebuah syarikat diagnostik yang terkemuka dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak kesihatan rasmi China di mana ia digunakan secara meluas di negara tersebut.

Kit itu boleh menganalisa sampel darah daripada jari yang telah dicucuk sedikit (finger-pricking) dan boleh mengesan jika seseorang itu telah dijangkiti COVID-19 sekurang-kurangnya 3 hari. Antara kelebihan kit tersebut adalah ia boleh menghasilkan keputusan secepat 30 minit tanpa perlu membawa sampel ke makmal dan juga ia tidak memerlukan sampel daripada hidung atau mulut.

MYEG mengatakan kit ini sesuai digunakan untuk para pelawat atau pelancong di pintu masuk negara dan juga terhadap mereka yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, MYEG masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menggunakannya. Ia akan dijual pada harga RM99.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MYEG , Low Yat

Exit mobile version