Site icon TechNave BM

MYEG lancarkan MYEG X NFT Pangolin untuk promosikan penggunaan NFT di kalangan rakyat

Penyedia perkhidmatan kerajaan elektronik MY E.G. Services Bhd (MYEG) telah melancarkan inisiatif Compare by MYEG X NFT Pangolin bagi mempromosikan penggunaan token tidak sepiawai (non-fungible token, NFT) dan membenarkan pemilikan NFT oleh semua orang.

Compare by MYEG adalah sebuah platform dalam talian yang membolehkan pengguna membuat perbandingan serta membeli perkhidmatan insurans dan takaful kereta, dan dapatkan kelayakan menerima NFT Peringatan Compare (Compare Commemorative NFT) percuma yang boleh disesuaikan untuk ditempa pada rantaian blok Lapisan 1 Zetrix di pasaran global NFT Pangolin.

NFT Pangolin adalah aplikasi terdesentralisasi pertama oleh Zetrix yang membolehkan pengguna menerbit dan berurus niaga NFT pada platform berkenaan.

Sementara itu, Zetrix pula adalah rantaian blok awam lapisan-1 yang memudahkan kontrak dan bersifat peribadi, selamat dan mempunyai skalabiliti rentas sempadan termasuk China.

Pengerusi Eksekutif MYEG Datuk Norraesah Mohamad berkatan pengenalan inisiatif ini bertujuan untuk memupuk pemilikan NFT di kalangan orang ramai.

Untuk mendapatkan NFT Peringatan Compare edisi terhad, pengguna perlu terlebih dahulu membandingkan dan memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan mereka melalui laman web Compare MYEG. Kemudian, pengguna perlu mengikuti langkah mudah yang disediakan untuk menebus dan memperibadikan NFT percuma mereka.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menceburi NFT ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version