Site icon TechNave BM

MyEG lancarkan NFT Pangolin, gunakan “non-fungible token” dalam setiap urusan

MY E.G. Services Bhd (MyEG) telah memasuki pasaran non-fungible token (NFT) dengan pelancaran NFT Pangolin. Ia berkata pasaran NFT global menyokong pengeluaran dan perdagangan NFT dan bersedia untuk beroperasi pada rangkaian blockchain Zetrix Layer 1 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tambahan, ia berfungsi sebagai rantaian selari dengan International Backbone dan Supernodes Xinghuo iaitu infrastruktur rantaian blok nasional China. Pengarah Urusan Kumpulan, Wong Thean Soon berkata bahawa rancangan Zetrix untuk membolehkan gelombang inovasi baharu dan peningkatan penggunaan token dalam semua bentuk pemilikan aset.

Pengenalan NFT berasaskan Zetrix dalam pasaran MyEG merupakan langkah penting ke arah mencapai objektif itu. Syarikatnya percaya bahawa penerapan NFT akan memanfaatkan fungsi digital dan kami akan menjadi perintis NFT yang disandarkan kepada pemilikan aset seperti pemilikan nombor pendaftaran kenderaan.

Dengan pelancaran ini, NFT Pangolin bertujuan untuk menjadi platform pilihan pencipta NFT Asean dan telah menetapkan sasaran berani untuk mencapai kejayaan global. Platform itu membolehkan pengguna membuat, menjual dan berdagang NFT.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan selalu merujuk protokol ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TheStar

Exit mobile version