myFirst melancarkan barisan peranti teknologi kanak-kanak baharu di Malaysia menerusi kempen “Explore Together” dengan produk utama myFirst Insta Lux iaitu kamera cetak segera yang direka khas untuk kanak-kanak pada harga RM799 bersama dua pek kertas cetakan percuma bernilai RM98.
Kamera ini dilengkapi kamera depan dan belakang 5MP, paparan IPS 2.8 inci, sambungan WiFi, storan boleh dikembangkan sehingga 64GB dan teknologi cetakan dye-sublimation untuk menghasilkan foto warna yang lebih terang dan tahan lama. Melalui aplikasi myFirst Circle, ibu bapa juga boleh menghantar gambar dari telefon pintar terus ke kamera untuk dicetak.
Selain itu, myFirst turut memperkenalkan beberapa produk dalam ekosistem sama termasuk myFirst Fone M1 (RM399) dengan sambungan 4G, GPS masa nyata dan panggilan suara serta video, myFirst Frame Clario (RM499) sebagai bingkai foto pintar 7 inci, myFirst Sketch Board Pro (RM199) tablet lukisan digital dan myFirst CareBuds Max (RM169) fon kepala kanak-kanak dengan had volum 85–94dB.
myFirst 3dPen Make Creator Kit (RM299) juga diumumkan iaitu set kreatif dengan pen 3D bersuhu rendah yang telah menerima Tanda Pematuhan Malaysia (MC) bagi keselamatan mainan. Bagi memperkenalkan produk ini kepada orang ramai, myFirst akan mengadakan roadshow di Sunway Pyramid dari 26 hingga 29 Mac 2026.
Pada 28 Mac jam 10 pagi, 100 pelanggan pertama yang membeli Insta Lux akan menerima myFirst Fone M1 percuma bernilai RM399, tertakluk kepada konsep siapa cepat dia dapat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

