Site icon TechNave BM

MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami keperluan, merancang tindakan dan membantu melaksanakan urusan kerajaan dengan kebenaran pengguna.

Rakyat hanya perlu menyatakan keperluan dalam bahasa mudah manakala sistem akan mengenal pasti perkhidmatan berkaitan dan membimbing proses tersebut. Antaranya, semakan serta pembayaran saman polis boleh dilakukan terus melalui pembantu digital.

Pelaksanaan dibuat secara berperingkat dengan penekanan terhadap keselamatan, privasi data, ketepatan maklumat dan kawalan manusia. Setakat bulan lalu, MyGOV Malaysia mempunyai lebih 2.9 juta pengguna meliputi 52 perkhidmatan daripada 19 agensi. Fungsi Agentic AI kini dalam fasa ujian beta sejak awal Ogos 2026.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version