Site icon TechNave BM

MyIPO: Kandungan AI yang dibina berdasarkan kandungan sedia ada adalah melanggari undang-undang

Dengan peningkatan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sangat bagus dalam mencipta kandungan gambar dan video daripada barisan perkataan (text prompt) sahaja, pasti ramai dalam kalangan artis atau pembikin filem yang risau jika teknologi tersebut akan digunakan untuk mencipta kandungan baharu yang dibina berdasarkan kandungan sedia ada yang sudah dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Bagi menangani isu ini, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata mana-mana inidividu yang menghasilkan sesuatu ciptaan atau kandungan menggunakan AI yang menyerupai kandungan yang telah didaftar di bawah hari intelek negara boleh dikenakan tindakan kerana ia melanggari undang-undang sedia ada.

Semua harta intelek di Malaysia dilindungi bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996. Beliau memberi contoh di mana jika sebaris lirik lagu yang dijana oleh AI itu sama dengan lagu lain yang sudah diterbitkan oleh pihak lain sebelum ini, lirik lagu oleh AI itu tidak boleh diguna kerana ia salah di sisi undang-undang.

Selain itu, MyIPO akan membawa isu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) khas berkenaan penggunaan AI pada persidangan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) di Switzerland pada bulan Julai nanti.

MyIPO juga terlibat dengan penubuhan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan Perama Negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA, Facebook MyIPO

Exit mobile version