Site icon TechNave BM

MySejahtera akan perkenalkan fungsi pendaftaran vaksin COVID-19 pada akhir bulan ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa aplikasi MySejahtera akan dikemas kini pada akhir bulan ini bagi memperkenalkan fungsi baru untuk pendaftaran vaksin COVID-19. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kanan Setor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan KKM Dr Maheshwara Rao Appannan.

Beliau mengatakan ini adalah sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan dan KKM yakin mereka boleh mensasarkan kadar imunisasi 70-80% daripada jumlah populasi. Beliau menggalakkan rakyat untuk mengaktifkan push notification dalam telefon agar rakyat boleh dimaklumkan dengan sebarang maklumat terkini.

Pada awal bulan ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengatakan fungsi pendaftaran vaksin COVID-19 dalam MySejahtera akan diperkenalkan dalam masa terdekat dan pengambilannya boleh dibuat secara sukarela.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Dr Nazrila Hairizan Nasir mengatakan rakyat boleh gunakan fungsi laporan kendiri (self-reporting) dalam aplikasi MySejahtera untuk memaklumkan pusat penilaian COVID-19 tentang status mereka.

Mereka yang disahkan positif COVID-19 boleh jalani kuarantin di rumah terlebih dahulu sebelum dihubungi oleh pihak berkuasa kesihatan untuk penilaian lanjut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Daily Express

Exit mobile version