Site icon TechNave BM

MySejahtera minta abaikan pautan temu janji vaksin jika sudah divaksin sepenuhnya, tiada dos ke-4

MySejahtera merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan pengesanan dan jaminan kepada rakyat Malaysia sepanjang pandemik COVID-19.

Melalui laman Facebook MySejahtera, ia menyatakan kekeliruan berhubung temu janji vaksinasi COVID-19 kerana ada yang menerima temu janji walaupun mereka sudah mendapat vaksin COVID-19 serta dos penggalak. Ini telah mencetuskan maklumat salah dan berita palsu seolah-olah kerajaan mahu menguatkuasakan dos vaksin keempat. 

MySejahtera menafikan dakwaan sedemikian dan menjelaskan pautan tersebut merupakan untuk mereka yang masih belum mendapat vaksin sepenuhnya. Infografik turut menegaskan untuk abaikan pautan tersebut sekiranya sudah menerima vaksin yang lengkap. 

Mereka turut menegaskan bahawa pautan temu janji hanya untuk remaja, kanak-kanak atau orang dewasa yang masih belum menerima sama ada dos pertama atau kedua atau dos penggalak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook MySejahtera 

Exit mobile version