Pada awal pagi ini, beberapa individu melaporkan bahawa aplikasi MySejahtera mengatakan bahawa mereka kini mendapat notis Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu Dalam Pemantauan (PUS) secara tiba-tiba.
Dengan notis tersebut, mereka terpaksa melaksanakan kuarantin kendiri di rumah, meskipun mereka tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan jangkitan COVID-19. Beberapa netizen juga melaporkan bahawa mereka tidak boleh memasuki tempat awam akibat daripada kesilapan ini.
Mujur, MySejahtera bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah tersebut dan kini mengatakan bahawa ia telah diperbaiki dan segala status HSO dan PUS yang salah diberikan telah ditarik semula.
Netizen juga melaporkan status MySejahtera mereka kini kembali normal dan boleh berjalan-jalan seperti biasa.
Beritahu kami di Facebook jika anda mengalami masalah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

