Site icon TechNave BM

MySj kini benarkan ibu bapa daftarkan anak berumur 5 hingga 11 tahun untuk vaksin COVID-19

Seperti yang anda ketahui, kerajaan Malaysia menyusun suntikan vaksin COVID-19 berdasarkan kumpulan umur. Golongan warga emas mendapat keutamaan sementara golongan muda mendapat dos mereka kemudian. Kini, kerajaan membenarkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka sebagai penerima vaksin.

Menurut The Star, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa anda boleh mendaftarkan anak anda sebagai tanggungan bagi penerima vaksin di MySejahtera tidak lama lagi. Syaratnya, anda hanya boleh mendaftarkan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun. Anda hanya perlu memasukkan nama penuh dan MyKad atau nombor pasport mereka.

Untuk makluman, ciri ini telah dilaksanakan secara teknikal pada tahun lepas. Tetapi pada ketika itu, ia digunakan untuk kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun. Kepada sesetengah pengguna masih tidak dapat menerima ciri tersebut, kemas kini mungkin belum tersedia untuk anda.

Namun, kami nasihatkan anda untuk selalu memeriksa ruangan kemas kini aplikasi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemas kini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version