Site icon TechNave BM

myTukar kini dikenali sebagai Carro

Ekosistem kereta terpakai yang berkembang pesat di Malaysia iaitu myTukar kini mengubah namanya kepada Carro. Langkah strategik ini bertujuan untuk membawa lebih banyak teknologi, produk dan perkhidmatan terkini Carro kepada pelanggan Malaysia.

Dalam beberapa bulan akan datang, proses penukaran nama akan berlaku merentasi keseluruhan rangkaian tawaran, bahan pemasaran dan tanda fizikal myTukar di seluruh Malaysia, menandakan bab baru dalam perjalanan syarikat ini.

Penjenamaan semula myTukar kepada Carro merupakan satu peristiwa penting dalam evolusi jenama ini. Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Carro, Aaron Tan menyatakan kegembiraannya tentang integrasi ini, menonjolkan keuntungan syarikat, kesediaan IPO dan rancangan yang bercita-cita tinggi untuk masa depan di Malaysia dan pasaran lain.

Carro sebagai platform kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara telah membuat kemajuan yang luar biasa dengan projeksi menunjukkan EBITDA FY2024 yang mencatatkan rekod melebihi US$40 juta.

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, myTukar telah mencapai pertumbuhan dan pencapaian yang luar biasa dalam industri kereta terpakai Malaysia. Dengan pelaburan yang besar dan usaha pengembangan, ia telah menjadi ekosistem kereta terpakai dalam talian yang utama di negara ini, menawarkan perkhidmatan komprehensif daripada insurans runcit hinggalah perkhidmatan selepas jualan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Carro

Exit mobile version