Site icon TechNave BM

MyVISA 2.0 berkuat kuasa 1 Ogos ini – Permohonan Visa secara digital sepenuhnya

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan sistem MyVISA 2.0 iaitu platform visa digital bersepadu untuk pengurusan visa warga asing bermula 1 Ogos 2025. Pelancaran diumumkan sempena sambutan Hari Imigresen Malaysia ke-103 di Putrajaya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, berkata MyVISA 2.0 dibangunkan semula sepenuhnya bagi meningkatkan kecekapan pemprosesan dan keselamatan permohonan visa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Sistem baharu ini memperkenalkan pelbagai penambahbaikan termasuk:

Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) akan digunakan untuk mengenal pasti lokasi pemohon dan menentukan keperluan temu duga yang secara tidak langsung mempercepatkan keseluruhan proses. Melalui MyVISA 2.0, pemohon tidak lagi perlu hadir ke pejabat perwakilan JIM di luar negara.

Semua proses daripada muat naik dokumen, temu duga, pemantauan status, sehingga penerimaan visa boleh diselesaikan sepenuhnya secara dalam talian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version