Site icon TechNave BM

Naik taraf percuma dan e-baucar RM500 untuk tempahan TV Samsung 2023, promosi berakhir 2 Mei ini

Neo QLED 8K, Neo QLED 4K dan QLED TV 2023 merupakan inovasi Samsung yang telah mempertahankan kualiti serta dominan dalam industri TV selama 17 tahun. Dilancarkan baru-baru ini di Unbox & Discover 2023, Samsung komited untuk menyediakan produk paling inovatif.

Samsung menghasilkan reka bentuk yang mengutamakan pengalaman pengguna dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan. Di bawah slogan “More Wow than Ever”, barisan TV Samsung 2023 dihasilkan untuk menarik perhatian orang ramai dengan kualiti gambar yang premium.

Daftar dari 18 April hingga 2 Mei 2023 untuk menerima rebat segera eksklusif e-baucar sebanyak RM500 dan penjimatan naik taraf TV percuma bernilai sehingga RM4,500 untuk tempahan awal model TV 2023 terpilih.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin menempah TV Samsung 2023, daftar sekarang di laman rasmi Samsung Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version