Site icon TechNave BM

Nak beli baju raya? Dapatkan diskaun 26% di Zalora melalui platform Samsung Members

Samsung Malaysia telah bekerjasama dengan Zalora untuk menawarkan diskaun sehingga 26% di gedung pakaian dalam talian itu. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh muat turun aplikasi Samsung Members di Google Play Store dan menebusnya daripada aplikasi itu.

Selepas memuat turun, tekan pada “redeem”, salin kod baucar yang dipaparkan dan gunakannya dalam ruang “Promo Code” apabila anda ingin membeli pakaian di Zalora untuk mendapatkan diskaun 26%. Promosi ini akan terdapat sehingga 30 Jun ini.

Namun, diskaun di atas hanya boleh ditebus oleh pelanggan Zalora yang baru. Bagi mereka yang sudah pun menjadi pelanggan Zalora sebelum ini, jangan risau kerana anda juga layak mendapat diskaun sehingga 18% melalui promosi yang sama.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli baju raya melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version