Site icon TechNave BM

Nama OPPO Reno5 Pro 5G disahkan dengan pengiktirafan HDR10+

Sebelum ini, dua telefon yang dikhabarkan sebagai siri OPPO Reno5 5G telah pun dikenal pasti dalam TENAA. Kini, pengesahan terbaru daripada HDR10 Plus menunjukkan bahawa OPPO Reno5 Pro 5G adalah nama rasmi untuk salah satu peranti tersebut.

Dua peranti dengan nombor model PDST00 dan PDSM00 yang mempunyai nama OPPO Reno5 Pro 5G telah pun mendapat pengiktirafan HDR 10 Plus. PDST00 merupakan nombor model yang sama terdapat dalam TENAA sebelum ini untuk Reno5 Pro 5G, di samping PEGM00 untuk Reno5 5G.

Berdasarkan khabar sebelum ini, Reno5 Pro 5G mungkin akan dilengkapi cipset Dimensity 1000+ manakala Reno5 5G mungkin akan dilengkapi Snapdragon 765G. Kedua-dua varian bakal dipasarkan dengan sistem operasi Android 11 dan RAM 8GB.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HDR10 Plus

Exit mobile version