Site icon TechNave BM

Nama telefon LG dengan dwi-skrin disahkan sebagai “WING”

Sebelum ini kami telah pun melaporkan tentang telefon pintar unik daripada LG yang menampilkan dua skrin yang boleh diputar 90 darjah. Kini LG telah pun mengesahkan bahawa telefon itu mempunyai nama rasmi “WING“.

LG WING akan dilancarkan di bawah Explorer Project iaitu kategori produk yang baru daripada LG. Peranti-peranti di dalam kategori ini adalah produk-produk eksperimental dengan rekaan unik yang direka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi.

Setakat ini tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi LG WING. Ia akan diumumkan pada hari Isnin, 14 September jam 10:00 malam waktu Malaysia dan disiarkan di YouTube dan Facebook. Sebelum ini, XDA Developers melaporkan telefon ini akan dijual di Amerika Syarikat pada musim luruh 2020 (September hingga November) dengan cipset Snapdragon 765G dan tiga kamera termasuk kamera utama 64MP.

Apakah pendapat anda tentang rekaan LG WING? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LG Newsroom

Exit mobile version