Site icon TechNave BM

Nanica Smitch bukan konsol gaming yang anda mahu sebagai hadiah

Orang ramai telah mula menikmati jualan hujung tahun atau bagi yang menyambut Hari Natal, sesi pembelian hadiah turut bermula. Banyak kedai menawarkan promosi yang membuatkan orang ramai rambang mata. Terkini, Nintendo Switch palsu muncul di pasaran dengan harga hanya 50 USD (RM207) dan apa yang berbeza cuma beberapa huruf sahaja. Dengan ini, teruskan membaca agar anda tidak terpedaya!

Nanica Smitch (nani?!) merupakan nama peranti palsu ini dan ia kelihatan sama dengan versi asli. ROM konsol Smitch juga dikatakan dimuat turun secara haram yang membenarkan anda bermain lebih kurang 800 game termasuklah Super Mario Bros. U baru dan Super Bomberman R.

Jika kita membelinya, pasti kita dapat membezakan peranti asal dengan peranti palsu dengan sekelip mata sahaja. Untuk golongan ibu bapa, datuk dan nenek, agak susah untuk mengenalpasti keaslian peranti kerana mereka mungkin tidak mengenali nama konsol yang diminta oleh anda.

Kepada sesiapa yang telah meminta ibu bapa untuk membelikan konsol gaming, bersedia untuk menerima sama ada Smitch atau ABOX. Nantikan berita viral seterusnya di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version