Site icon TechNave BM

Nantikan acara WWDC 2020 dari Apple pada 22 Jun ini!

Semalam syarikat gergasi teknologi, Apple telah menjadualkan satu acara di YouTube bertajuk WWDC Special Event yang akan diadakan pada Isnin hadapan, 22 Jun 2020, 10:00 pagi PDT (23 Jun, 1:00 pagi waktu Malaysia).

Apple juga merancang untuk membolehkan acara tersebut distrim pada laman webnya sendiri, pada aplikasi Apple Developer dan juga pada laman web Apple Developer, memberi peminat Apple dan pembangun (developer) pelbagai cara untuk menonton acara tersebut.

Acara ini akan diadakan secara digital buat pertama kali tanpa sebarang pengumpulan fizikal akibat dari krisis pandemik COVID-19.

Dalam acara ini, Apple dijangka akan mengumumkankan kemaskini perisian untuk produk-produknya termasuk iOS 14, iPadOS 14, tvOS 14, watchOS 7, dan macOS 10.16. Untuk perkakasan (hardware) baru pula, Apple dijangka akan melancarkan iMac baru dan pelan untuk menggunakan cipset jenis baru pada komputer dan komputer ribanya pada masa hadapan.

Jika, anda peminat tegar Apple dan tidak sabar dengan acara WWDC 2020 pada isnin hadapan, jangan lupa untuk letak peringatan supaya anda tidak terlepas menonton acara ini secara langsung. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version