Site icon TechNave BM

Nantikan pelancaran HUAWEI Mate40 pada 22 Oktober ini!

HUAWEI bakal melancarkan siri telefon pintar flagship terbaru, HUAWEI Mate40, pada hari Khamis ini (22 Oktober). Pelancaran tersebut akan dilakukan secara dalam talian di Facebook dan YouTube rasmi HUAWEI pada pukul 8:00 malam waktu Malaysia.

Antara ciri yang boleh dijangkakan dalam telefon ini adalah gambar ultra-lebar yang tiada efek melengkung (distortion), skrin sentiasa terpasang (always on display) dan kawalan gerakan AI (gesture control).

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pelancaran telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version