Baru-baru ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) telah memberi dana sebanyak $370 juta (RM1.54 bilion) kepada beberapa syarikat untuk meletakkan teknologi rangkaian 4G di atas permulaan bulan. Antara syarikat yang terlibat dalam projek ini adalah Bell Labs yang dimiliki oleh syarikat Nokia.
Bell Labs peroleh dana sebanyak $14.1 juta (RM58.5 bilion) dari NASA dan bakal bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan penerbangan angkasa, Intuitive Machine untuk melaksanakan projek ini. NASA kini sedang berusaha untuk mencapai sasaran 2028 untuk membina tempat tinggal di bulan yang dapat menempatkan manusia untuk jangka masa yang panjang.
NASA menyatakan teknologi rangkaian 4G ini mungkin akan berikan komunikasi jarak jauh yang lebih stabil berbanding radio yang kini sedang digunakan di atas bulan. Sama seperti di bumi, rangkaian 4G ini akhirnya akan dinaik taraf ke rangkaian 5G.
Bell Labs juga menyatakan teknologi ini akan digunakan oleh angkasawan untuk penghantaran data, pengendalian peneliti bulan, navigasi masa nyata ke atas geografi bulan (seperti ‘Google Maps’) dan penstriman video definisi tinggi (HD).
Adakah kita akan melihat angkasawan hidup di bulan dengan video definisi tinggi (HD) tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : CNN

