Site icon TechNave BM

NASA sahkan objek yang menembusi bumbung di AS adalah serpihan roket

Pada 8 Mac 2024, satu serpihan roket angkasa lepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terhempas dan menembusi bumbung sebuah rumah di Naples, Florida. NASA telah mengesahkan bahawa serpihan itu adalah peralatan yang digunakan untuk memasang bateri pada palet kargo yang dibuang dari ISS pada 2021 dan dijangka terbakar di atmosfera.

Serpihan itu, diperbuat daripada aloi logam Inconel seberat 725 gram dan berukuran 4 inci tinggi serta berdiameter 1.6 inci. Ia menembusi bumbung dan dua tingkat rumah menyebabkan kerosakan besar.

Mujur ketika objek tersebut terhempas, tiada sesispa yang tercedera. NASA sedang menyiasat insiden itu untuk menentukan sebab serpihan tidak hancur seperti yang dijangkakan dan sedang mengkaji model kejuruteraannya untuk menganggarkan bagaimana objek menjadi panas dan pecah semasa kemasukan semula atmosfera.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version