Site icon TechNave BM

Nenek gamer yang mungkin mengalahkan anda dalam Call of Duty

Dunia siber kini bukan hanya dihuni oleh golongan muda, tetapi turut menempatkan pelbagai golongan lain seperti golongan yang lebih berumur. Namun, apabila golongan lain selain daripada golongan belia yang menghuni dunia siber dijumpai, hal ini menjadi satu hal yang menarik perhatian.

Di negara Jepun, dunia siber digemparkan dengan Gamer Grandma atau nama sebenarnya Mori Hamako. Anda jangan memandang beliau sebelah mata. Walaupun Hamako kelihatan seperti nenek kesayangan anda, tetapi beliau mampu menumpaskan anda dalam perlawanan game Call of Duty.

Menurut Siakap Keli, antara beberapa game yang dimainkan oleh Hamako adalah Call of Duty, Grand Theft Auto, The Legend of Zelda dan Dragon Quest. Anda boleh melihat Gamer Grandma di saluran YouTubenya melalui pautan ini.

Adakah anda bersedia untuk berlawan dengan Gamer Grandma? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: Siakap Keli | Gamer Grandma

Exit mobile version