Syarikat video game ternama dari Jepun, SNK Corporation, telah melancarkan konsol kecil NEOGEO Mini Game Console di laman web Xiaomi Youpin. Konsol ini menampilkan rekaan mesin arked 1990-an secara kecil dan menyertakan pelbagai game klasik daripada era tersebut.
Daripada segi dimensi, ia mempunyai ukuran 108x135x162mm dan berat 390g. Skrin LCD-nya berukuran 3.5 inci dengan nisbah aspek 4:3 dan turut mempunyai butang-butang kawalan kecil, membuatkannya mudah dibawa dan dimainkan di mana-mana.
Selain itu, ia juga boleh dihubungkan dengan controller luaran untuk bermain secara dua orang dan dengan televisyen melalui hubungan HDMI Mini. Konsol kecil ini dilengkapi lebih 40 game klasik daripada SNK termasuk the King of Fighters, King of the Monsters, Metal Slug dan banyak lagi.
Ia dijual di laman web Xiaomi Youpin pada harga CN¥699 (~RM420) dan masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Namun memandangkan Xiaomi turut menjual pelbagai alat elektronik di Malaysia, kita boleh menjangkakan konsol kecil ini tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

