Site icon TechNave BM

Neolix teknologi van tanpa pemandu untuk penghantaran barang mendapat permintaan tinggi di China

Koronavirus memberi impak besar menyebabkan pelbagai acara dibatalkan dan syarikat menghadapi kekurangan bekalan. Tetapi satu syarikat di Beijing telah melihat peningkatan permintaan untuk perniagaannya.

Syarikat Neolix dari Beijing telah mencipta kenderaan autonomi. Menurut Bloomberg, gangguan yang disebabkan oleh virus itu telah menyebabkan China lebih bergantung kepada sistem pengangkutan autonomi. Khususnya, teknologi van tanpa pemandu Neolix telah mendapat permintaan yang tinggi kerana ia dapat membantu menghantar barangan sambil meminimumkan hubungan manusia.

Oleh sebab sekatan kuarantin dan perjalanan yang ditetapkan oleh kerajaan China, van ini sangat penting kerana ia dapat membantu menyampaikan bekalan perubatan ke hospital-hospital.

Melihat permintaan yang sangat tinggi memberikan pandangan yang positif oleh syarikat itu. Akibatnya, pihak berkuasa tempatan di China menawarkan subsidi sehingga 60% untuk membeli van tanpa pemandu. Ini akan meningkatkan jumlah jualan Neolix untuk tahun 2020, malah syarikat itu juga menetapkan sasaran jualan sebanyak 1000 unit.

Adalah teknologi van tanpa pemandu ini merupakan satu idea menarik dan sesuai digunakan di Malaysia? Bincangkan di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : bloomberg

Exit mobile version