Site icon TechNave BM

Netflix mungkin akan benarkan pelanggan pra-tonton filem sebelum ia diterbit untuk dapatkan maklum balas

Platform tontonan Netflix telah kehilangan ramai pelanggan pada bulan September dan sentiasa berusaha menarik perhatian pelanggan. Sehingga akhir suku ketiga tahun ini, Netflix mempunyai kira-kira 223 juta pelanggan di seluruh dunia.

Buat masa ini, Netflix telah memulakan sebuah fungsi pra-tonton sejak setahun lalu dan ia ditawarkan kepada lebih daripada 2,000 pelanggan terpilih. Fungsi pra-tonton ini membenarkan mereka memberi maklum balas yang membantu penerbit kandungan untuk meningkatkan lagi kualiti karya dan menarik lebih ramai penonton.

Bermula pada tahun 2023, puluhan ribu pengguna di seluruh dunia akan dapat menonton kandungan video Netflix terlebih dahulu dan memberikan maklum balas. Selain itu, syarikat sedang berusaha keras untuk memastikan bahawa setiap dolar yang dibelanjakan untuk kandungan membawa kepada tahap perhatian dan penglibatan ahli tertinggi. 

Di samping itu, ia juga meneliti perbelanjaan kandungan dengan lebih dekat dan memberi tumpuan kepada keuntungan. Syarikat itu menjangkakan perbelanjaan untuk rancangan dan filem baharu kekal pada kira-kira $17 bilion (~RM74 bilion) setahun untuk beberapa tahun akan datang.

Buat masa ini, tiada maklum balas rasmi daripada Netflix berhubung laporan baharu ini. Walau bagaimanapun, ciri pra-tonton pastinya dapat menarik lebih ramai pengguna untuk melanggan Netflix.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version