Site icon TechNave BM

Netflix akan terbitkan adaptasi lakonan untuk One Piece

Netflix telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah adaptasi lakonan untuk siri komik dan anime Jepun terkenal, One Piece. Syarikat pelayaran filem dan siri TV itu membuat kenyataan di Twitter bahawa mereka telah mendapat kelulusan untuk menerbitkan sebuah siri lakonan merangkumi 10 episod.

Pengkarya One Piece sendiri, Eiichiro Oda, akan menyelia penerbitan siri itu sebagai penerbit eksekutif. Menurutnya, beliau telah membuat pengumuman ringkas pada 2017 tetapi hanya sekarang beliau boleh mengumumkan bahawa Netflix akan membantu dalam mengadaptasi anime pujaan ramai ini.

Masih tiada berita berkenaan pemilihan pelakon atau krew produksi untuk adaptasi One Piece ini. Reaksi peminat agak berbelah bahagi kerana adaptasi anime Death Note oleh Netflix sebelum ini gagal mendapat sambutan hangat. Manakala adaptasi anime-anime lain seperti Dragon Ball atau Attack On Titan oleh studio lain juga telah menghampakan para peminatnya.

Apakah reaksi anda tentang adaptasi One Piece oleh Netflix ini? Teruja atau risau? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Netflix Twitter

Exit mobile version