Site icon TechNave BM

Netflix alih keluar peraturan perkongsian kata laluan, masih mencari solusi terbaik

Jika anda mengikuti perkembangan Netflix, anda akan mendengar tentang cadangan mereka untuk menghentikan perkongsian kata laluan sejak tahun lepas. Walaupun tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada Netflix, terdapat laporan mengatakan bahawa penamatan perkongsian kata laluan bermula penghujung suku pertama 2023.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Greg Peters berkata syarikat itu masih belum memikirkan penyelesaian untuk membuat tindakan tersebut. Pada mulanya, terdapat halaman sokongan tetapi ia sudah dialih keluar.

Menurut sumber, pengguna Netflix perlu mengakses akaun mereka setiap bulan. Peranti yang menggunakan akaun di luar rumah mereka kemudiannya akan disekat dan sistem akan meminta pengguna lain membuat akaun. Hasilnya, cara ini tidak produktif kerana pemilik utama akan mempunyai lebih daripada satu peranti menonton Netflix.

Sebagai tindak balas kepada halaman sokongan yang kini dialih keluar mengenai perkongsian kata laluan, jurucakap Netflix memberitahu media bahawa halaman sokongan itu hanya terpakai untuk Chile, Costa Rica dan Peru. Walau bagaimanapun, ujian perintis perkongsian kata laluan di negara tersebut tidak kelihatan berjaya kerana Netflix membuatkan pelanggan lebih keliru.

Bagaimanapun, kami amat berharap Netflix dapat mencari penyelesaian terbaik untuk mengekang perkongsian kata laluan. Jika tidak dibendung dengan bijak, maka ramai pelanggan akan beralih kepada perkhidmatan penstriman lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Streamable

Exit mobile version