Site icon TechNave BM

Netflix bangunkan studio “gaming” sendiri, cipta “game” asli bertaraf dunia

Netflix tidak lagi bergantung secara eksklusif pada pasukan pihak ketiga untuk memperkukuh katalog gaming syarikat itu. Ia sedang membangunkan studio gaming dalaman di Helsinki, Finland untuk mencipta game asli “bertaraf dunia” tanpa iklan atau pembelian dalam aplikasi. 

Seperti yang dilaporkan oleh Engadget, pengarah untuk studio gaming baharu itu adalah Marko Lastikka dari di Zynga dan EA. Walau bagaimanapun, Netflix berkata bahawa studio dalaman tidak akan mengeluarkan sebarang game dalam masa terdekat tetapi mungkin mengambil masa bertahun untuk membuahkan hasil.

Selain itu, ini adalah kali pertama Netflix membina studio gaming sendiri. Menurut Netflix, Helsinki dikatakan sangat sesuai dijadikan tuan rumah kepada beberapa “bakat pembina game terbaik” seperti pembangun mudah alih The Walking Dead Next. Netflix telah membeli berbilang pembangun termasuk Boss Fight dan pencipta Oxenfree Night School Studio.

Rancangan ini mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dilancarkan. Namun, pengambilalihan ini menunjukkan strategi syarikat itu semakin berkembang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version