Site icon TechNave BM

Netflix dengan iklan mungkin dilancar akhir tahun 2022

Laporan sebelum ini mengatakan kehadiran iklan di laman Netflix yang boleh menyokong tontonan 480p dan dalam talian sahaja. Menurut sumber terkini, Netflix akan mengenakan bayaran dengan iklan yang berharga antara $7 (~RM31) dan $9 (~RM40) sebulan. Ia dijangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini dan ke lebih banyak negara lain pada tahun 2023.

Netflix hanya boleh memaparkan empat minit iklan setiap jam yang mungkin tidak muncul pada penghujung filem atau siri TV. Mereka juga ingin mengelak daripada memaparkan beberapa iklan yang sama secara berulang untuk mengurangkan sebarang aduan. Ciri iklan ini juga dikatakan akan muncul pada filem terbitan Netflix asal dan kandungan kanak-kanak.

Pada awal tahun 2022, Netflix melaporkan mereka telah kehilangan hampir sejuta pelanggan dan meramalkan penurunan dalam beberapa bulan akan datang. Ini mungkin disebabkan perkongsian kata laluan di kalangan rakan dan keluarga tetapi agak sukar untuk diramal kerana sudah lama platform itu diperkenalkan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version