Site icon TechNave BM

Netflix, Disney+ dan 140+ saluran dalam satu harga? Ini cara jimat RM40 dengan Astro One

Astro kini menawarkan promosi istimewa untuk pek Astro One terpilih yang membolehkan pelanggan menikmati pelbagai kandungan hiburan termasuk sukan, filem, siri dan rancangan kanak-kanak dalam satu platform. Promosi berlangsung dari 9 Februari hingga 30 April 2026 yang terbuka kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf langganan.

Pek Sports Astro One ditawarkan pada harga promosi RM69.99 sebulan (RRP RM99.99) termasuk Pek Kids bernilai RM9.90 secara percuma. Pek Epic Astro One pula ditawarkan pada harga promosi RM159.99 sebulan (RRP RM199.99) yang merangkumi kandungan premium untuk sukan, filem, siri dan hiburan kanak-kanak serta akses kepada aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI dan beIN Sports.

Promosi ini membolehkan pelanggan beralih antara saluran TV LIVE dan aplikasi penstriman tanpa perlu menukar peranti atau mengurus langganan berasingan. Pelanggan yang berminat boleh melanggan atau menaik taraf melalui Astro Authorised Exclusive Partner, Premium Kiosk, Mobile Booth, WhatsApp atau panggilan telefon.

Caj pemasangan standard ialah RM50 untuk pelanggan baharu dan RM49 untuk pelanggan sedia ada manakala pemasangan Plug-and-Play ditawarkan secara percuma. Pelanggan yang sudah memiliki Ultra atau Ulti Box boleh menggunakan peranti sedia ada tanpa caj tambahan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version