Site icon TechNave BM

Netflix hentikan pembayaran bulanan melalui Apple App Store

Netflix telah memberitahu pelanggan yang masih menggunakan sistem pembelian dalam aplikasi (in-app) App Store untuk segera menambah kaedah pembayaran baru bagi mengekalkan akaun mereka.

Walaupun Netflix berhenti membenarkan langganan baru melalui peranti iOS pada tahun 2018, pelanggan sedia ada masih boleh menggunakan pembelian dalam aplikasi. Kini, Netflix menghentikan pembayaran melalui platform Apple kerana bantahan terhadap pembayaran 15 peratus kepada Apple.

Untuk sistem pembayaran baru ini, kami masih tidak pasti negara mana yang terlibat tetapi Amerika Syarikat dijangkakan turut termasuk dalam senarai tersebut. Bilangan pelanggan yang masih menggunakan pembelian dalam-aplikasi adalah tidak diketahui sejak Netflix menghapuskan pilihan tersebut pada tahun 2018 dan mengarahkan pengguna Apple untuk mendaftar di laman web Netflix.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version