Site icon TechNave BM

Netflix lancarkan sokongan Spatial Audio pada iPhone dan iPad

Netflix baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka melancarkan ciri baharu dalam aplikasinya iaitu audio spatial pada peranti iPhone dan iPad. Teknologi audio spatial ini membolehkan pengguna yang menggunakan fon telinga atau fon kepala wayarles seperti AirPods Pro dan AirPods Max menikmati pengalaman audio yang hampir serupa seperti apa yang didengar di dunia sebenar.

Apple berkata bahawa dengan ciri giroskop dan accelerometer yang terdapat pada AirPods Pro dan iPhone, audio spatial mengesan pergerakan kepala dan juga peranti anda. Data ini membaca gerakan dan kemudian memetakan kembali medan suara sehingga suara yang anda dengar kekal di kedudukan yang sama walaupun kepala anda digerakkan.

Pengguna yang masih tidak dapat menggunakan spatial audio ketika menonton Netflix disarankan untuk mengemaskini aplikasi itu kepada versi yang terbaru.

Adakah anda berminat dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9TO5Mac

Exit mobile version