Site icon TechNave BM

Netflix Malaysia mungkin akan perkenalkan pelan mudah alih Mobile+ berharga RM25 sebulan

Seorang netizen Twitter telah berkongsi sebuah tangkapan skrin yang menunjukkan bahawa Netflix Malaysia mungkin akan menyediakan pelan baru untuk pengguna peranti mudah alih iaitu Mobile+ yang berlainan dengan pelan Mobile asal. Pelan langganan tersebut berharga RM25 sebulan dan setakat ini tangkapan skrin itu hanya boleh dilihat pada Netflix versi telefon pintar dan bukannya dalam komputer.

Selain perbezaan harga, Mobile+ juga boleh digunakan dalam telefon, tablet dan komputer serta menyediakan siaran filem pada resolusi 1080p. Ini berbeza dengan pelan Mobile asal yang berharga lebih murah namun hanya boleh dimainkan dalam telefon dan tablet pada resolusi 480p sahaja.

Pelan ini pastinya adalah tawaran menarik buat mereka yang tidak kisah menonton filem kegemaran mereka dalam skrin yang kecil. Netflix India telah pun menawarkan langganan ini secara rasmi jadi ia mungkin akan dilancarkan di negara kita tidak lama lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Netflix Mobile+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version