Site icon TechNave BM

Netflix mungkin akan masuk industri permainan video pada tahun depan

Netlfix merupakan perkhidmatan penyiaran filem dalam internet yang sangat popular pada waktu ini dan kini syarikat itu mungkin akan meluaskan perkhidmatan mereka ke dalam industri permainan video.

Sumber mengatakan Netflix sedang merancang untuk menawarkan perkhidmatan permainan video berasaskan langganan, di mana pelanggan perlu membayar yuran bulanan yang telah ditetapkan untuk mengakses semua game yang ditawarkan oleh Netflix. Jika perkhidmatan ini dilaksanakan, ia bakal menyerupai Apple Arcade yang sudah pun menyediakan permainan video secara langganan bulanan.

Buat masa sekarang, Netflix sedang mencari seorang eksekutif yang boleh bina perkhidmatan tersebut dan telah bertemu dengan ahli-ahli eksekutif daripada syarikat game ternama. Sebelum ini, Netflix sudah pun menyediakan game kecil bagi mempromosi rancangan-rancangan televisyennya, termasuklah Black Mirror: Bandersnatch, You vs Wild dan Stranger Things 3: The Game.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version