Site icon TechNave BM

Netflix naikkan lagi harga langganan di empat pasaran utama

Netflix, platform penstriman dalam talian yang paling popular di dunia, sekali lagi telah menaikkan harga langganannya. Walaupun mendominasi pasaran global, perkhidmatan penstriman ini terus menjadi lebih mahal untuk pengguna di empat pasaran utama iaitu Amerika Syarikat, Portugal, Argentina dan Kanada.

Dalam laporan pendapatan terkini, Netflix mengumumkan perubahan harga langganan bagi pelan standard dan premium. Menurut jurucakap Netflix, MoMo Zhou, harga langganan bulanan untuk pelan dengan iklan kini adalah 7.99 USD, naik daripada 6.99 USD. Sementara itu, harga bagi pelan standard tanpa iklan meningkat daripada 15.49 USD kepada 17.99 USD.

Pelan premium juga mengalami kenaikan sebanyak 2 USD, menjadikannya 24.99 USD sebulan. Kenaikan harga ini berlaku pada permulaan tahun 2025 selepas pengumuman bahawa Netflix telah mencapai 302 juta pelanggan di seluruh dunia. Pada suku terakhir tahun lalu, platform penstriman ini berjaya memperoleh 19 juta pelanggan baru.

Walaupun Netflix mendakwa bahawa ia menutup tahun 2024 dengan pencapaian yang cemerlang, harga langganan Netflix terus meningkat. Beritahu kami di Facebook jika anda rasa masih berbaloi untuk melanggan Netflix atau tidak dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Netflix

Exit mobile version