Site icon TechNave BM

Netflix siarkan jawatan kosong “Game Director”, rancang membuat “game” AAA PC

Sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Netflix sedang membentuk studio gaming dalaman untuk mencipta tajuk game asal ‘bertaraf dunia’. Namun, dalam penyenaraian kerja baru-baru ini, syarikat penstriman video itu sedang merancang untuk membangunkan game triple-A PC.

Penyenaraian kerja kebanyakannya untuk Netflix Game Studios termasuk pembukaan untuk jawatan Pengarah Game, Pengarah Teknikal, Penerbit Kanan, Penganalisis Perkhidmatan Lapangan dan Jurutera Utama. Penyenaraian kerja untuk Pengarah Game adalah yang paling menarik kerana ia menggambarkan perancangan Netflix dalam industri gaming.

Daripada iklan jawatana tersebut, Netflix sedang mencari Pengarah Game yang kreatif dan berkemahiran tinggi untuk membantu syarikat dalam hala tuju game AAA PC. Selain itu, tanggungjawab jawatan Pengarah Game menunjukkan bahawa game baharu yang dibangunkan Netflix ini adalah game pihak ketiga yang dibina pada Unreal Engine.

Jawatan ini masoih dalam penyenaraian kerja masih ada. Sekiranya anda layak dan tahu mengenai game AAA PC, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version