Site icon TechNave BM

Netflix tawarkan beberapa siri TV secara percuma

Beberapa siri televisyen dokumentari akan ditawarkan secara percuma oleh Netflix di YouTube. Langkah ini bertujuan untuk memberikan kandungan pendidikan secara percuma berikutan penutupan sekolah sepanjang waktu kuarantin yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, Netflix membernarkan para guru untuk menyiarkan dokumentari mereka di dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Namun memandangkan kebanyakan sekolah ditutup, Netflix ingin membantu guru dengan menyediakan beberapa dokumentari secara percuma di saluran YouTube Netflix Amerika Syarikat bagi menggalakkan para penonton untuk terus belajar walaupun berada di rumah.

Antara dokumentari yang percuma adalah Our Planet yang telah memenangi pelbagai anugerah, The White Helmets yang telah memenangi anugerah Oscar, Chasing Coral, Explained dan banyak lagi. Setiap dokumentari juga disertai senarai sumber dan rujukan untuk pembacaan lanjut.

Tentunya ini adalah sesuatu yang amat elok untuk ditonton sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Beritahu kami di Facebook dokumentari yang manakah anda akan tonton dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Netflix blog

Exit mobile version