Site icon TechNave BM

Netizen tunjuk cara bercinta baru: Saling bertukar dulang kad SIM!

Mungkin anda memiliki cara bercinta atau menunjukkan kasih sayang tersendiri. Namun, terdapat pasangan yang menggunakan cara unik ini; saling bertukar dulang kad SIM!

Telefon pintar zaman kini kesemuanya memiliki dulang kad SIM sendiri. Apa yang berbeza hanyalah jenis dulang SIM yang selari dengan sokongan slot seperti jenis sokongan satu SIM sahaja atau dua SIM dengan satu slot microSD dan lain-lain. Bermula dengan YouTuber AS yang memuat naik siaran yang memaparkan pertukaran dulang SIM dengan pasangannya, beberapa netizen turut memuat naik gambar peranti mereka.

Sumber: Twitter/ @Casey

Mungkin apa yang dilakukan adalah romantik, tetapi terdapat juga beberapa kekangan lain untuk anda dan pasangan melakukannya. Semestinya, anda dan pasangan perlu memiliki model peranti yang sama atau jenis sokongan slot yang sama.

Apa pun, perbezaan slot SIM tidak menandakan tiada jodoh. Pernahkah anda melakukan perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version