Site icon TechNave BM

“Niat puasa Rejab” antara perkara paling dicari dalam Google Malaysia pada Februari 2021

Google Malaysia telah menyenaraikan sepuluh perkara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang Februari 2021. Perkara tersebut merangkumi pelbagai topik daripada bola sepak, drama televisyen hinggalah hal keagamaan.

Antara yang menarik perhatian adalah “niat puasa Rejab“, menunjukkan ramai bilangan orang Islam yang ingin menggantikan puasa sebelum bulan Ramadhan yang semakin hampir atau sekadar ingin mengamalkan puasa sunat. Bulan Ramadhan dijangka akan bermula pada 13 April.

Carian teratas di kalangan netizen Malaysia adalah melibatkan sukan, di mana perlawanan kriket antara England dan India serta perlawanan bola sepak antara pelbagai pasukan bola sepak United Kingdom (EPL) dan Eropah (EUFA) mendapat perhatian meluas.

Di samping itu, siri drama televisyen Aku Yang Kau Gelar Isteri adalah drama Bahasa Melayu yang paling popular dalam Google pada bulan lepas, terutamanya dengan beberapa isu penapisan (censorship) terhadap drama berunsurkan seram itu. Drama lain yang mendapat carian meluas adalah 我 的 时代 你 的 时代 线 上 看 (Go Go Squid 2: Dt. Appledog’s Time) dan 你 好 李焕英 (Hi, Mom). Isu semasa yang turut mendapat perhatian adalah tentang Rosliza Ibrahim, berkenaan kehendaknya untuk bertukar agama.

Kongsi pendapat anda tentang hasil carian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version